Photobucket

SAMBAI PETAI
Monolog Dalaman STUDENT LArchitecture

Entry Ini Berbentuk Luahan.


Ekceli aku ter-Abaikan aku punya belog adalah lebih kurang dalam dua tahun. gila dua tahun tu kalau aku kawen dah beranak pinak dah. tettttttt. 

Pernah jugak aku rasa macam Murtad-Blogger (sebap kononnya dulu dah blogger tegar habis, haha) Janganlah marah aku, aku bz ada macam macam macam kerja nak buat selain dari update entry dekat belog aku nih.

Dulu masa mula mula aku buat belog | 15 April 2011| aku ingatkan setiap hari bila aku bangun dari tidoq aku akan buat entry baru. Tapi nih nak habaq bagi dekat hampa semua, sejak dah menjadi salah sorang 'Landscape Architecture Design Students' hilang teruih angan angan Mat Jenin aku tu. Tadak dah haihh semua tu. Bangun pagi hadap drawing hadap T-square hadap design *tu pun kalau bangun pagi lah kan, sebap selalunya pagi petang siang malam sama ja. Maksud dia tak tidoq la, ish perit betoi nak stret tu de poin. hahahah

Sory lah gila lama aku tak update *bajet sikit*  Hatiku Diharajuku dipaksa untuk duduk dengan drawing plus design ja setiap masa. 24 jam siapkan esaimen yang dah tak berupa esaimen. Kesian kannn 

Hampa nihhh, tau la aku comei molep pon, janganlaa jeling marah marah lagutu. Hikhikhik *blusing*

-------------------------------------------------

Ehem, jujur aku habaq aku rasa lagu ada banyak la jugak perubahan dalam diri aku sejak sejak semester ni weeee. Kalau dulu masa sekolah jangan haraplah, pergi sekolah semata mata nak usha crush dekat kelas sebelah. hahahaha. Pemalas Ya Rabbi jangan cakaplah kan. Tak pernah ikhlas nak belajaq, main tak sedaq diri. Penah jugak terpikiaq malam malam time muhasabah diri "Nak jadi apalah aku nanti kan" tapi bertahanlah dalam sehari setengah. Esok malas balik nak baca buku.

Sampailah aku masuk UiTM Seri Iskandar, Perak ambek Diploma in Landscape Architecture haaa lebih kurang tolak darab bahagi macam tu lah. Tak pernah terlintas dalam kepala comel aku ni yang aku akan belajaq kos ni. Sebenaqnya aku siap tak pernah tau pon kata kos ni wujud hahaha nampak dak sekolah dulu lansung tak ambek kisah *Tangisi Sejarah*

Aku, bukan tak seronok. Dak aihhh, serius aku SEGHONOK. Syukur aku ada sambung belajaq. Syukur jugak aku suka dengan apa hat aku dok belajaq lani. Aku suka. Aku suka sangat sangat. CaRngat cArNgat CukEerw LeRww. Serius ni, kucing serius. Hahahahaha

TETAPI

Kadang kadang tu aku rasa yang aku ni dah macam Universal Remote Control, hikhikhik

- Dengaq orang dok bising hingaq hingaq ja aku akan rasa tension nak mati. Tapi selalunya bila membe membe aku (kos lain) merungut kekononnya dia punya kos baca baca plus esaimen susah gila nak mati. Tension sebap kos aku senang mudah gampang sangat kat mata dunia, gittuuuu

- Bila esok ada perentation design or submisson malam tu ada ja benda dok mai jadi penghalang, masalah tu masalah ni. Paling akan menyesal esok pagi pagi buta bila malam tu Ter-Tidoq sedangkan esok submission, erghhhhh

- Nak layan aktiviti lain jarang sekali atau lebih kepada tidak sama sekali. Penat weh *salah satu faktor tak kurus. tak mampu jog macam bebudak kos lain petang petang* awaaaaaa, saia taaa kuadd :(

- Social life aku pulak banyak dengan studio-mate aku sepanjang dua tahun nih. Mungkin sebap tu jugak kami dah macam family 'Berpisah Tiada' pantang tak jumpak sehari  rindu nak tatap muka Zombi Panda memasing, hahahaha sory Rushian. Tapi tulah sebenaqnya kawan susah senang makan tidoq berdengkur sekali, Ya Allah buruknya perangai. Hahahahhahahahahhahaha

TAK ADA MASA NAK FOKUS BENDA LAIN. Macam ni rupanya hidup, permulaan awal hidup Landscape Architecture.



Lepastu, again hidup tersangkut dengan projek projek maksud aku drawing plus esaimen. Faham dak nihh aku dok habaq lagumana ? Fuhh, anddd bukak laptop cari references. Bukak facebook, tengok aktiviti department dan jugak fikir design. Drive keret bawak moto fikir design. Makan berak tidoq semua fikir design. Lepastu bukak tuiter Luahan Perasan akhirnya Termencarut. kahkahkah. Rasanya membe membe aku yang asyik berCintan tu pun time dating, fikir design jugak lah gamaknyaaa. Boleh jadi muka pakwe/makwe pon dah nampak ala ala masterplan. hahah

Macam terpanjang pulak entry untuk malam ni. Biasalah, melepas gian. hahahahaha. Esok aku sambung share entry pasal STUDIO-LIFE dengan Dilema Student Architecture pulekksssssssss, bye gudnite.


*Tulis Entry Sambil Makan Roti Bakaq ayah Buat*






SEMOGA NURULIZZATIESAIFURIZAL CEPAT KURUS, AMEENN :)

Keboard Dirosakkan Pada • 4/11/2014 07:36:00 pm • 0 Awak Komen Sini




MAKAN PETAI TAK?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
selamat datang ke blog Nurul Izzatie Saifurizal | §ΔMBαI PΣT▲I | Ejad, urghh whatever.

Orang Tengah Sekodeng
Diary
Profile
Stuff


TWEET TWEET


Moh pakat pakat uTweet iTweet Follow Unfollow tang sini, hee :)




TERJAH ENTRY LAMA

Baru :)
Hati.
Happy SweetNineteen To Me :)
alhamdulillah :)
esok ,"


Template By: Arrien Amani
Edit By: §ΔMBαI PΣT▲I